First Page  Previous  Next   Last Page

1 | 5


Keutamaan Membaca Al-Quran

Keutamaan Membaca Al-Quran

    al-Quran

    
Segala puji bagi Allah, Selawat dan ke atas junjungan kita Rasulullah S.A.W serta ahli kelaurga baginda serta para sahabat R.A.
Al-Quran adalah kalamullahkeutamaannya atas semua kalam bagaikan keutamaan Allah atas ciptaan-Nya, dan membacanya adalah sebaik-baik gerakan lidah. 

    Banyak keutamaan belajar Al-Quran, mengajarkan dan membacanya, diantaranya :

    1.   Pahala mengajarkannya:

        Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik orang di kalangan anda adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”. ( HR al-Bukhari )

    2.   Pahala membacanya:

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan dan kebaikan berlipat sepuluh kali ganda.” ( HR. al-Tirmidzi )

Keutamaan orang yang menghafal Al-Quran dan orang yang pandai membacanya: 

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Perumpamaan orang yang membaca Al-Quran dan dia hafal maka dia akan bersama para malaikat, perumpamaan orang yang membaca Al-Quran dan dia tersangkut-sangkut ( tidak lancar ) membacanya maka baginya dua pahala ( pahala menanggung kepayahan dan pahala membaca)” ( HR al-Bukhari dan Muslim ). Dalam hadis lain baginda SAW bersabda yang bermaksud : .”“ Dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran : bacalah, tingkatkanlah bacaanmu, dan bacalah dengan tartil ( memelihara hukum tajwid ) sebagaimana anda membacanya didunia, maka sesungguhnya kedudukan anda di akhirat kelak ialah pada akhir ayat yang anda baca di dunia” ( HR.At Tirmidzi )